Pusat Repositori Kelulut Indo-Malaya di Taman Pertanian Negeri (TPN) Sekayu, Hulu Terengganu yang musnah akibat banjir luar jangka pada Februari lepas akan dipulih dan dibangunkan semula.<br /><br />Pengurusnya, Mohd Amran Awang berkata usaha perlu dimulakan dari awal berikutan 65 sarang kelulut pelbagai spesis rosak sepenuhnya selepas ditenggelami air.